P1.jpg (132699 bytes)
Pandangan hadapan sekolah

 

 

SJK(C) LEE MING,JELOTONG,PONTIAN telah ditubuhkan sebelum Peperangan Dunia II,iaitu pada tahun 1940.Ketika itu sekolah ini merupakan kelas bimbingan dengan memberi pengetahuan asas kepada anak murid tempatan.

Pengasas sekolah ini ialah En.Loh Du Ke,En.Lee Keng Hock,En.Lua Kim Tu,En. Llua Soon Koon,dan En. Sia Du Chai.

Pada permulaannya, sebuah rumah kedai telah disewa dan dijadikan bilik darjah. En.Loh Ke Keong ialah Guru Besar.Sekolah ini telah ditutup buat sementara kerana Peperangan Dunia II.

Pada tahun 1946, Jemaah Pengurus Sekolah telah ditubuhkan.Jemaah Pengurus Sekolah ini telah memainkan peranan penting dalam   pembangunan dan kemajuan sekolah.Penduduk kampung telah digalak untuk menderma.Selain itu,mereka telah berkorban tenaga dan masa untuk membina dan memperbaiki bangunan sekolah yang rosak.Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1946.

Pada tahun 1964, Anggota Jawatan Kuasa Pembinaan Sekolah telah ditubuhkan.Dengan dermaan orang ramai dan bantuan kewangan kerajaan ,sebuah bangunan baru telah siap dibina.Ia mengandungi sebuah dewan,dan
4 buah bilik darjah.
(seperti yang terpapar diatas )

Pada tahun 1994,sekolah ini mendapat bantuan peruntukan daripada Kementerian Pendidikan untuk memperbaiki sekolah. Dengan kerjasama Jemaah Pengurus Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru , 2 buah bilik darjah telah dapat dibina pada tahun 1995.Kedua-dua buah bilik darjah telah digunakan sebagai bilik makmal sains dan bilik komputer.

 

 

bar.gif (2072 bytes)

 

Backfade.gif (12820 bytes)