HAJI ZAINAL BIN NONG
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata sempena pelancaran Homepage Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Lee Ming,Jelotong, Pontian di Internet. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan program ini. Pelancaran Homepage Sekolah Lee Ming ini menunjukkan wujudnya sikap yang positif dan proaktif di kalangan staf sekolah Lee Ming. Masyarakat bermaklumat amat penting untuk kita menjadi peneraju dalam era Teknologi Maklumat seperti yang ditegaskan oleh Perdana Menteri : " Computer literacy is a must if we want to progress and delevop. No effort must be spared in the creation of an information-rich Malaysia society."
Sesungguhnya, banyak perubahan-perubahan positif sedang berlaku dalam sistem pendidikan kita dengan wujudnya teknologi maklumat. Kerajaan Malaysia sedang melancarkan satu reformasi Sistem Pendidikan Malaysia dengan menggunakan Teknologi Multimedia. "Sekolah Bestari" telah dipilh untuk meminpin perkembangan MSC. Sekolah Bestari bertujuan membentuk pemikiran generasi baru kita untuk bersedia menerima cabaran era Teknologi Maklumat. sekolah seluruh negara perlu bersedia untuk perubahan ini.
Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya.
Sekian, terima kasih.
" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
" TEKNOLOGI KE ARAH PENDIDIKAN BESTARI"
Saya yang menurut perintah,
(HAJI ZAINAL BIN NONG)
Pegawai Pendidikan Daerah Pontian