FALSAFAH SEKOLAH
a) Bahawa semua murid yang ada di sekolah ini adalah mempunyai
kebolehan dan potensi
untuk berkembang maju dari segi inteteknya.
b) Bahawa pendidikan di sekolah ini mempunyai
keupayaan,pengetahuan,kemahiran,kecekapan,
semangat dan kebolehan iktisas serta kepercayaan profesional untuk memberi
pendidikan yang
sempurna,menyeluruh dan bermutu bagi memajukan pelajaran.
c) Bahawa sekolah ini mempunyai keupayaan dari segi bersedia untuk
memikul tanggungjawabnya
bagi melahirkan manusia yang boleh memberikan sumbangan yang positif kepada
bangsa dan
negara.
MISI SEKOLAH
a) Bahawa sekolah ini berupaya untuk melahirkan warganegara yang
mahir,cekap dan
berkebolehan demi mencapai WAWASAN 2020.
b) Bahawa sekolah ini berkeupayauntuk melatih tenaga yang cekap
untuk keperluaan
pembangunan negara.
VISI SEKOLAH
a) Bahawa sekolah ini berkeupayaan untuk melahirkan murid-murid
yang dapat menguasai semua
kemahiran.
b) Bahawa sekolah ini berupaya untuk mewujudkan keadaan sekolah yang tanpa kecacatan.
c) Bahawa sekolah ini berupayaan untuk mewujudkan sekolah ini
sebagai institusi yang disanjungi
dan disegani masyarakat.
MATLAMAT SEKOLAH
Sekolah ini dapat melahirkan murid-murid yang
berpendidikan lagi berdisplin yang dapat
memberikan sumbangan yang positif terhadap masyarakat,agama,bangsa dan
negara.
OBJEKTIF SEKOLAH
a) Menambah serta memupuk minat belajar yang tinggi dan berkekalan di kalangan
murid.
b) Menghapuskan sikap "cepat mengalah", "tidak apa" di kalangan
murid-murid terhadap pelajaran.
c) Mewujudkan golongan pelajar yang peka kepada perubahan.
d) Menanam nilai yang tinggi terhadap kejayaan yang cemerlang.
e) Meningkatkan pretasi akademik dan bukan akademik.
f) Memupuk minat murid-murid dalam bidang kebudayaan seperti muzik, senilukis, tarian,nyanyian dan sebagainya.
g) Meningkatkan kecekapan dalam bidang kemahiran pembelajaran di kalangan murid.
h) Memupuk sikap bekerjasama dan bersatupadu di kalangan murid.
i) Memelihara keadaan masyarakat yang harmoni, bersatu dan taat setia seperti yang termaktub di dalam RUKUN NEGARA.
J) Memelihara murid-murid yang menguasai 3M dengan baik setelah tamat
pendidikan sekolah rendah 6 tahun.